Saturday 12 November 2011

Sampah Berselerak DiTaman Kinarut Selatan

Taman Perumahan Kinarut Selatan, Terletak dikawasan DUN N21 Kawang dalam Parlimen P.175 Papar,Kawasan ini dihuni kira-kira ( )orang, yang terdiri daripada bukan sahaja daripada penduduk setempat malahan ada daripada kawasan luar Parlimen Papar.
Masalah utama dikawasan ini adalah masalah pembuangan sampah yang kritikal sehingga mengwujudkan suasana persekitaran yang kurang selesa kepada penghuni taman perumahan ini. Punca masalah ini telah dikenalpasti yang mana ianya berpunca dari sikap segelintir individu setempat yang tidak tahu / tidak mahu menggunakan TONG SAMPAH yang disediakan oleh pihak berwajib.  Masalah ini ditambahkan lagi dengan sikap penduduk yang berhampiran yang menghambil kesemptan membuang sampah dikawasan berkenaan.
 Adakah YB2 tidak mengambil tindakan dan membiarkan penduduk dikawasan ini yang rata-rata bukan pengundi dikawasan Parlimen Papar hidup dengan menghirup udara busuk?????????????????????????????
 YB2 lebih perihatian dan telah mengambil tindakan menangani masalah ini, dengan menggunakan semua saluran kemudahan yg diwujudkan oleh Kerajaan seperti Kementerian Kesihatan ,Majlis Daerah Papar,Sayap Parti ,NGO dalam mengatasi masalah ini bersama.
 Tindakan yang telah diambil  :-
 Perbincangan dan diskusi dengan penduduk setempat dalam mengenalpasti punca masalah
  • Mengwujudkan tempat penggumpulan dan pembuangan sampah
  • Pemberian Tong Sampah
  • Mengadakan Program2 Kesedaran Kesihatan 3S ( "Sihat Sejahtera Selamat" )
Cadangan Penyelesaian secara berterusan
  • Melaksanakan program Kempen Kebersihan dan Kesihatan
  • Mengaktifkan penglibatan KRT dikawasan terlibat untuk sama-sama membantu masalah ini
  • Mengadakan Kempen KUTU SAMPAH
  • Permuafakatan daripada penduduk setempat dalam memastikan segala perancangan program dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan
Keperihatinan YB2 dalam menangani isu ini memperlihatkan kesungguhan mereka untuk meletakkan penduduk disitu dalam keadaan selesa tanpa sampah dengan tidak mengambil kira siapapun mereka, kerana kita 1 bangsa, 1 negara , 1 Malaysia...Rakyat didahulukan, Pencapaian diUtamakan.....



No comments:

Post a Comment